0

Pixar







1

Mengambil kesempatan untuk berskema



1. Bekas kekasih saya adalah :
Masih kekasih saya? :D

2. Saya sedang mendengar:
Brick by boring brick oleh Paramore :P

3. Mungkin saya patut:
Mula merancang apa yang saya hendak buat secara serius dalam hidup saya. Baiklah (okay), sebenarnya saya dah tahu apa yang saya mahu buat, cuma saya perlu merancang nya semua dengan teliti! (wth)

4. Saya suka :
Makan :D

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Semuanya baik and cantik belaka ;P

6.Saya tak paham:
Kenapa negara kita tak ada penjagaan perubatan universal(universal health care)! (terpengaruh dengan filem Sicko)

7.Saya kehilangan :
Duit akibat membeli belah secara atas talian (online wth)

8.Ramai yang berkata :
"Awak tengah cuti eh?" Baiklah, lebih kepada bertanya sebenarnya.

9. Makna nama saya :
Yang di pilih. Iya, termasuk situasi yang kurang baik (kadang kala). Contoh, dipilih untuk menjadi antara orang yang pertama kehadapan untuk membentang tugasan -_-"

10.Cinta itu adalah :
Indah XD

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Senyum seorang diri di depan komputer peribadi seperti orang kurang sedikit siuman.

12.Saya akan cuba :
Menjayakan diri saya dalam bidang perniagaan! (InsyaAllah)

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sehingga akhir waktu (end of time wth)

14.Telefon bimbit saya :
Adalah sangat berguna!

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan terus menuju ke telefon bimbit yang mengejutkan saya (dan kemudian kembali ke pangkuan katil wth).

16.Saya paling meluat apabila :
Melihat remaja2 sekarang yang perasan kacak bergaya lagi macho/cantik bergaya lagi menawan walaupun masih sedang menunggu kedatangkan akil baligh (WTH)

17.Pesta/Parti adalah :
Acara untuk meraikan sesuatu istimewa tapi kini(CEY ingat ni karangan apa weh -.-) sudah menjadi suatu kebiasaan. Bukan? (CEY CEY wth -__-)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Arnab-arnab ternakan(daripada 1 setengah pasang (3 ekor lol), mereka berkembang sehingga lebih kurang 6 pasang pada kemuncak zaman kegemilangan mereka wth) ketika waktu kecil.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Peringkat umur remaja.

20.Hari ini :
Saya pergi berkelah bersama keluarga di Sungai Tua aka Ulu Yam!

21.Malam ini saya akan :
Cuba memikirkan tentang masa depan saya sambil berguling2 di atas katil - seperti biasa

22.Esok pula saya akan :
Mengemas bilik yang makin berselerak dan mula merancang masa hadapan! (Cey wth -.-)

23.Saya betul-betul inginkan :
Duit. (Saya bukan mata duitan lol)

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Saya berkata dalam hati "TSK, MESTI BERSOLEK SEDIKIT SUPAYA TIDAK KELIHATAN SEPERTI GIKNEVJNBSLKNFIW" wth

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Saya nak kedai makanan yang sedap2 belaka boleh?

26.Makanan Barat atau Jepun :
Makanan Barat DAN Jepun! :D

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bilik yang terang walaupun saya mempunyai ganguan tidur(sleeping disorder lol) - imaginasi saya susah dikawal

28.Makanan segera adalah :
Sedap tetapi tidak baik untuk kesihatan! wth -.-

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Saya rind...." -talian terputus akibat kekurangan kredit ):

30.Siapa yang anda nak Tag?
AA, Ayun, Kila, Ateeka, Nadira R.(wherever you are -.- your blog i mean lol), Amira N., dan sesiapa yang bosan!

(BM - FAIL)